Foto perkahwinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes dengan teman wanitanya, Chloe, seorang warganegara Korea tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp, hari ini.

Malah, menurut laporan The New Straits Times pasangan tersebut telah berkahwin di Cote d’Azur, Perancis.

Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai majlis tersebut tidak dapat dipastikan.

Tony dan Chloe dikatakan telah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.

Menurut laporan tersebut lagi, majlis tersebut turut dihadiri keluarga terdekat, teman rapat termasuk Pengerusi Air Asia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Sumber/Foto: The New Straits Times.