Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra, 34, memohon maaf kepada orang ramai mengenai tulisan T-Shirt berbau hinaan terhadap pelarian seluruh dunia.

T-Shirt yang tertera empat perkataan iaitu Refugee (pelarian), Immigrant (pedatang asing), Outsider (orang luar) dan Traveler (pengambara) dipakai Priyanka ketika menjadi penghias muka depan majalah Conde Nast di India.

Ia menjadi isu kerana kesemua perkataan tersebut di letak garisan merah kecuali Traveler yang tidak digaris dan menampakkan seolah-olah telah menghina pelarian di seluruh dunia dan tidak menyokong aktivti-aktiviti kemanusiaan.

“Saya benar-benar memohon maaf disebabkan tulisan T-shirt itu telah membangkitkan sentimen negatif sehingga membuatkan ada pihak yang marah.

“Tulisan yang tertulis itu cuma disalah ertikan, namun isu ini tetap menjadi perkara terburuk dalam karier seni saya dan berharap tidak akan berlaku lagi,” kata Priyanka menerusi temubual di Stesen TV New Delhi, India baru-baru ini.

Menurut laporan Quartz India, pihak pengurusan majalah Conde Nast turut meminta maaf dan menjelaskan terdapat salah faham mengenai kulit majalah itu.

Mereka akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan idea yang baru agar tidak mendapat reaksi negatif.

Olahan:Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber:Quartz India