Diam tak diam, AF Megastar hampir sampai ke kemuncaknya dan pada konsert separuh akhir malam ini, kesemua bintang bakal menyanyikan dua buah lagu menerusi persembahan duet dan solo bertemakan Lagu Carta.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata bintang-bintang AF Megastar diberikan tugasan yang lebih berat di konsert separuh akhir kerana perlu mempersembahkan nyanyian mereka dalam dua tema berbeza.

Apa-apa pun, all the best kepada tujuh bintang AF Megastar, iaitu Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Syamel, dan Amir yang akan berentap malam nanti!

Nak tahu siapa penyanyi undangan dan dua lagu yang bakal dinyanyikan? Jom kita check it out senarai di bawah:

1. Shahir – Tugasan Solo: Hello (Adele) & Tugasan Duet: Warkah Untuk Ku (Ara) bersama Awi Rafael


2. Syamel – Tugasan Solo: Di Pintu Mahligai (Iklim) & Tugasan Duet: Sedalam-Dalam Rindu (Tajul) bersama Black

3. Amir – Tugasan Solo: Kullul Hubbi (Faizal Tahir) & Tugasan Duet: Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir) bersama Siti Nordiana)

4. Bob – Tugasan Solo: Asal Kau Bahagia (Armada) & Kerna Hati Ini Telah Dilukai (Ajai & Krisdayanti) bersama Dayang Nurfaizah

5. Marsha – Tugasan Solo: Menahan Rindu (Wany Hasrita) & Tugasan Duet: Lay Me Down (Sam Smith) bersama Jaclyn Victor

6. Idayu – Tugasan Solo: Segala Perasaan (Datuk Siti Nurhaliza) & Tugasan Duet: Kerna Ku Sanggup (Agnes Monica) bersama Azharina

7. Amir Jahari – Tugasan Solo: Sabar (Ismail Izani) & Tugasan Duet: Kenangan Terindah (Samsons) bersama Bam Samsons

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal