Bintang GegarVaganza 2, Farahdhiya mendedahkan dia baru merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris bersama seorang DJ dari luar negara.

Lagu itu kata Farahdhiya akan dimuatkan dalam sebuah album yang akan menampilkan penyanyi serata dunia dalam bentuk kompilasi.

"Projek khas ini membabitkan kerjasama satu dunia dan ini pertama kali saya merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris dengan seorang DJ dari luar negara.

"Ia bukan lagu balada dan pertemuan saya dengan DJ itu menerusi rekomendasi kawan-kawan rapat saya.

"Insya-Allah ia akan ke peringkat antarabangsa dan lagu itu sudah dirakamkan minggu lepas," katanya yang ditemui pada sidang media teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain Farahdhiya, Datuk Zainal Abidin antara penyanyi tempatan yang akan ditampilkan dalam album berkenaan.

Farahdhiya bakal beraksi dalam teater berjudul Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur mulai 19 hingga 22 Oktober ini.

Pementasan ini dibuat bersempena ulang tahun SPRM yang ke-50.

Teater arahan Rosminah Tahir itu, Farahdhiya akan mendukung peranan Tun Fatimah.

Selain Farahdhiya, teater itu turut dijayakan Izzue Islam, Amar Asyraf, Esma Daniel, Mardiana Alwi, Datuk Jalaluddin Hassan dan 40 pelakon tambahan.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @farahdhiya_fd