Pengawal Peribadi Miranda Kerr Cedera Parah Ditikam Penceroboh

18 Oktober 2016. 1.00 PM
37,007
Hiburan
Pengawal Peribadi Miranda Kerr Cedera Parah Ditikam Penceroboh

Pengawal peribadi Miranda Kerr cedera parah selepas ditikam dibahagian wajah oleh penceroboh yang cuba memecah masuk kediaman model terkenal itu di Malibu

Menerusi laporan TMZ, kejadian itu berlaku ketika lelaki berkenaan sedang memanjat pagar sebelum perbuatannya itu disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Menyedari perkara tersebut, pengawal keselamatan itu cuba menghalang lelaki itu daripada memasuki kediaman Miranda dan berlaku pergelutan yang menyebabkan dia ditikam dibahagian wajah dan lengannya.

Penceroboh itu juga dilaporkan mengalami kecederaan apabila pengawal keselamatan sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketika kejadian berlaku, Miranda Kerr tidak berada di rumah.

Dalam pada itu, ruangan komen Miranda Kerr dipenuhi dengan komen-komen peminat yang meminta supaya model terkenal itu lebih berhati-hati selepas kejadian yang menimpa pengawal keselamatannya.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Artikel/Foto: TMZ





Artikel Berkaitan


Komen