Gitaris kumpulan Kristal, Rody baru sahaja menyambut hari lahir teman wanitanya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.

Menerusi entri terbaru Rody di akaun Instagramnya, dia memuat naik satu video pendek yang merakamkan foto-foto sweet bersama Niena.

Entri tersebut juga turut disertakan dengan ucapan hari jadi buat teman wanita kesayangannya beserta hashtag #kisahkita #doakankami

Selamat hari jadi cinta hatiku @niena_azmann ! Moga sihat slalu.. di limpahi rezeki dan di berkati Allah.. sentiasa menyokong i.. sebab ape i jatuh hati kat u.. sebab u sentiasa memahami i.. menyokong i walaupun u tau i anak emak anak ayah.. i anak sulong.. ? U nak sentiasa susah senang hidup sama2.. i sakit u amek berat.. mak ayah i sakit pun u amek berat!! Fuhh! Dan yang penting ibu bapa kita dah restui.. ? Selamat hari jadi u! 30 dah! ? sorry xde surprise utk u.. sebab i jauh di seberang lautan.. nak cari rezeki utk kita bina hidup sama2 nt.. hehehhe.. #kisahkita #doakankami #birthdaygirl #30

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on


Dalam pada itu, ruangan komen entri berkenaan dihujani dengan ucapan hari jadi buat Niena.

BACA: SWEETNYA! RODY KRISTAL LAMAR PENJAGA GOL JELITA MENERUSI INSTAGRAM

Selain itu, peminat juga turut mendoakan agar huhungan pasangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Rata-ratanya memberikan komen berbaur usikan dan menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan ini berkahwin.

Foto: Instagram @rodykristal

Teks oleh: Mya Amri