Mungkin ramai yang sudah tahu tentang prinsip pendatang baru, Haqiem Rusli yang tidak akan menghasilkan lagu buat penyanyi wanita.

Haqiem, 19, ada sebab tersendiri mengapa dia berpegang teguh kepada prinsip tersebut dan memberitahu, dia pendiriannya itu tidak akan pernah berubah.

Selain itu, Haqiem juga satu-satunya artis lelaki yang jarang memuat naik foto bersama wanita di akaun Instagramnya.

Ketika diajukan soalan tersebut oleh wartawan Sudirman Mohd Tahir menerusi program Konti Karat, Haqiem mengakui tidak memuat naik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat.

“Bukan nak berlagak alim atau tunjuk bagus tapi saya tidak mahu menjadi punca dosa. Tetapi saya tak pernah membataskan diri bergambar dengan peminat wanita.

“Saya mahu berubah ke arah kebaikan. Selepas sekolah saya mulai sedar tentang banyak perkara. Ramai yang beranggapan bidang muzik ini melalaikan, tapi sebenarnya banyak cara yang kita boleh lakukan ke arah kebaikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem turut berkongsi tentang single ketiganya yang berjudul Jatuh Bangun, ciptaanya sendiri bersama Omar K.

Single tersebut bakal dimuatkan dalam album sulungnya yang sedang dalam proses pembikinan bersama empat lagu baru dan dua single sebelum ini Segalanya dan Tergantung Sepi.

Untuk mengetahui apa lagi yang dikongsi Haqiem bersama Konti Karat, jangan lupa esok jam 9 malam di saluran Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.

Foto: Instagram Haqiem Rusli