Pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong panik apabila bot yang dinaiki mereka terkandas di tengah tasik.

Fattah dan Alvin menaiki bot dan meredah hutan untuk menuju ke sebuah perkampungan Orang Asli.

Mereka melakukan perkara itu untuk menyelesaikan tugasan terbaru bagi episod ke-4 program realiti The House.

Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu tergendala kerana insiden tersebut.

Apa yang bakal terjadi kepada Fattah dan Alvin yang ternyata panik apabila menghadapi situasi tersebut? Bagaimanakah mereka menyelesaikan masalah tersebut?

Semuanya boleh ditonton dalam musim terbaru The House!

Gelagat sebenar Alvin dan Fattah juga kini dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti tersebut dan jangan lupa untuk menyaksikan gelagat lucu dan mencuit hati mereka.

Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.

Teks oleh: Kamaruddin Razal