Tindakan seorang ibu yang membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam sebuah mangkuk makanan dikecam.
Kejadian itu terjadi kerana sikap malas si ibu yang tidak melayan permintaan anak untuk menemaninya ke tandas.
Difahamkan, insiden itu berlaku di sebuah restoran di daerah Fangzhuang, China.
Memetik laporan portal Shanghaiist, pengunjung lain yang menyedari tindakan menjijikan itu kemudian menegur wanita tersebut, namun si ibu itu dilapor tidak mempedulikan teguran itu.
Apa yang mengejutkan ialah, wanita itu dengan muka selamba mengatakan bahawa pihak restoran akan membersihkan mangkuk tersebut.
Selepas insiden itu viral di laman sosial China Weibo, seorang wartawan tempatan melawat restoran tersebut untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak pekerja.
Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian dan berkata ini merupakan kali pertama ia berlaku dalam tempoh 10 tahun dirinya bekerja.
Pekerja itu menyifatkan tindakan wanita itu sebagai ‘bodoh dan tidak masuk akal’ kerana setiap tingkat restoran berkenaan dilengkapi tandas.
Tambahnya, pelanggan disarankan agar tidak bimbang kerana kesemua mangkuk dan alatan terlibat sudah dibuang.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Thu Oct 12 2017
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.