Pelakon Mawar Rashid dan tunangnya, Raf Yaakob telah ke Bali, Indonesia bagi menjalani penggambaran untuk foto dan video pra-perkahwinan mereka.
Menerusi laman Instagram (IG), Mawar telah memuat naik fotonya bersama Raf dan beberapa kru yang menjayakan penggambaran tersebut.

Berdasarkan beberapa keping foto yang dikongsikan, pasangan ini berada di kawasan yang mempunyai pemandangan cantik seperti di tasik dengan berlatar belakangkan gunung-ganang.

Perkongsian Mawar itu telah mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kerana mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Terdahulu, Mawar dan adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu memberitahu media yang mereka bakal berkahwin pada penghujung tahun ini.

Pasangan ini telah melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 Julai lalu.

Berikut merupakan foto-foto pra-perkahwinan yang dikongsi:





Sumber: Instagram CST Production ; Mawar Rashid