“Mamy Sayangkan Irfan, Mamy Akan Berusaha Lebih Keras Untuk Kita” - Ucapan Menyentuh Hati Syura Buat Anak

12 Oktober 2017. 4.45 PM
5,499
Hiburan
“Mamy Sayangkan Irfan, Mamy Akan Berusaha Lebih Keras Untuk Kita” - Ucapan Menyentuh Hati Syura Buat Anak
Penyanyi Syura diumumkan sebagai salah seorang bintang GegarVaganza (GV4) tahun ini.
 
Melalui akaun Instagramnya, Syura menyatakan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai program popular tersebut.
 
“Syukur, Alhamdulillah rezeki Syura di GV. Syura mengharapkan kesihatan yang baik sepanjang pembabitan dalam GV dan dapat buat persembahan terbaik setiap minggu.
 
“Hanya itu, amin amin amin. Syura mohon doa yang baik-baik dari korang semua ya,”
tulisnya.
 
Bagaimanapun, sebagai seorang ibu tunggal, Syura harus pandai membahagikan masa antara anak dan juga kerjaya.
 
Sedikit coretan Syura untuk anak lelakinya menerusi ‘IG Story’ semalam menyentuh hati peminat yang membacanya.


 
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron berkahwin dengan Mohd Fadhly pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 10, Nurul Qaisara Sofia, 8, dan Muhammad Irfan Aryan, 6 tahun.
 
Pasangan ini pernah bercerai pada 29 September 2014 dan kembali rujuk pada 10 November tahun sama. Syura kemudiannya diceraikan buat kali kedua pada 19 Ogos 2015.
 
Jangan lupa untuk menyaksikan 12 bintang GV4, iaitu Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, Hazami dan Ferhad pada konsert pertama yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.
 
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
 
 

Juara Masterchef Selebriti @syurabadron juga turut serta di dalam #gegarvaganza #kasiup1kali

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on

Foto: Instagram @syurabadron

Teks oleh: Mya Amri

 

Artikel Berkaitan