Wani Ardy merupakan seorang penulis kreatif dan pencipta lirik bebas yang pernah disamakan imejnya dengan Yuna.

Malah, penulis skrip drama bersiri Gol dan Gincu The Series itu pernah mencipta lagu untuk drama Blogger Boy dan Gadis Semasa Sunsilk.

Mungkin ramai yang tahu naskhah tulisannya namun kurang mengenali individu di sebalik nama Wani Ardy.

Kami mengangkat Wani Ardy sebagai Gempak Star Of The Week kali ini untuk dijadikan inspirasi kepada anak muda yang meminati bidang penulisan kreatif.

Jom berkenalan lebih rapat dengan Wani Ardy.

1) Tiada rahim

Ketika berusia 23 tahun Wani Ardy sudah bergelar pensyarah dan kini menjadi pengasas MRKH Malaysia.

Sindrom MRKH ialah abnormaliti yang terjadi kepada 1 dalam setiap 5000 perempuan seluruh dunia di mana penghidap dilahirkan tanpa rahim.

Wani didiagnosis menghidap sindrom MRKH ketika berusia 18 tahun.

"Ia mencabar untuk saya tetapi lebih berat bagi ibu saya.

"Pelbagai reaksi saya dapat sepanjang hidup. Ada yang cakap jangan besar-besarkan ceritalah, untung tak ada haid, tak boleh bernafsulah, bukan ibu sejati sebab tak boleh bersalinlah dan macam-macam lagi," kongsi Wani.

Gemuk kerana Ikhlas.

A post shared by Wani Ardy | WIDYA (@waniardy) on

Kurus kerana Ikhlas.

A post shared by Wani Ardy | WIDYA (@waniardy) on


2) Caving & Picking

Wani gemar melakukan aktiviti meneroka gua (caving) dan mencari harta karun di kawasan pelupusan sampah, pusat kitar semula dan kedai barangan terpakai.

From Cairo to Ipoh: The Love-and-Hate Relationship Between Pak Mad & Ikhlas

A post shared by Wani Ardy | WIDYA (@waniardy) on


3) Makan nasi sekali seminggu

"Kuota pengambilan nasi saya adalah sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu. Jika lebih perut saya akan 'jatuh sakit'," katanya.

Wani juga alergik terhadap minuman berkafein dan nenas.

"Saya perempuan jawa, saya suka makanan pedas," tambahnya.

4) Waktu menulis

Sejak berhenti bekerja makan gaji, Wani memberitahu dia tiada zon produktif spesifik untuk menulis.

"Mungkin kerana tekanan semakin berkurang. Alhamdulillah, setakat ini saya menulis di mana-mana dan pada bila-bila masa," kata Wani.

Tegasnya, dia bukan penulis yang syok sendiri.

"Prinsip saya; baca, tulis dan baca semula," katanya yang meminati buku cerita kanak-kanak tulisan Louisa May Alcott dan buku cerita hantu sebenar Russell Lee.

5) Karya paling susah buat

Buku Orang Kecil di Lampu Jalan dan album muzik Raskat, itu karya yang paling susah pernah dihasilkan.

"Saya adalah penulis yang paling tidak sistematik dan tulisan saya bersepah sana-sini.

"Jadi bila dihimpunkan semuanya untuk menjadi sebuah manuskrip, proses itu memakan masa dan fokus.

"Begitu juga album muzik saya; ahli kumpulan saya bersepah sana-sini dan ada komitmen/karier masing-masing. Mencabar sungguh nak berkumpul dan bertapa di studio!" tambah Wani.

Selalu rupanya pegang mic gini. Patutlah @haniza84 sebut Mas Idayu. ? _ #bukanpenyanyidangdut #tapiminatiwanamelinakumpulaneva

A post shared by Wani Ardy | WIDYA (@waniardy) on


6) Emosi kanak-kanak

Wani mendapat inspirasi untuk menulis apabila membaca kisah tentang bayi dan kanak-kanak.

"Saya paling mudah terkesan jika perkara atau cerita itu membabitkan bayi dan kanak-kanak.

"Memang kelemahan saya. Saya akan terus menulis dengan penuh serius dan emosi," ujarnya yang akan muncul menerusi antologi Hujan Bakawali di Rumah Tuhan.

7) Kembara negara Asia Tenggara

"Rumah syurga saya adalah Asia Tenggara dan saya mahu mengembara ke semua negaranya, berpentas di mana-mana terdaya!" kongsi Wani.

?: @aen_zawari

A post shared by Wani Ardy | WIDYA (@waniardy) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @waniardy