Miss K rasa semua orang macam dah dapat bau yang penyanyi Shahir dan aktres, Erra Fazira ni sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Cuma anda semua mesti tak tahu, sejauh mana hubungan mereka kan? Yelah, masing-masing mengelak dan malu-malu kucing gitu bila setiap kali disoal media mengenai hubungan mereka.

Miss K rasa, mereka mungkin masih belum bersedia lagi untuk mendedahkan apa-apa. Ala, Miss K fahamlah!

Tapi baru-baru ini, sampai ke telinga Miss K yang Erra telah memberi sokongan penuh kepada Shahir yang kini sedang bertanding dalam AF Megastar.

Selain memberi kata-kata semangat dan sedikit tunjuk ajar, Erra dengarnya dilihat telah menghantar Shahir sendiri ke Royale Theatre Shah Alam, tempat konsert mingguan AF Megastar berlangsung.

Miss K dengar, Erra dilihat telah beberapa kali juga menghantar Shahir ke konsert mingguan itu.

Tapi, Erra tidaklah keluar menemani Shahir, Erra cuma hantar sahaja dan berlalu pulang.

Untunglah Shahir, dapat teman yang cantik macam Erra dan sentiasa memberi sokongan penuh terhadapnya.

Mesti lagi semangatkan bila teman rapat hantar sampai ke dewan!

Kalau benar mereka ini bercinta, Miss K setuju... Hahaha! Yelah, Erra pun dah lama sendiri dan Shahir pun masih bujang.

Miss K harap hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin!

Miss K: Teruja bila dapat tahu penyanyi kegemaran Miss K menyertai Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4)! Ish tak sabarlah nak tonton konsert pertama GV4 pada 29 Oktober ini!