Pelakon Ozlynn Wati masih keliru tentang minuman kegemaran suaminya, Johan walaupun sudah beberapa lama hidup sebagai suami isteri.

Suudu baru-baru ini telah menjalankan ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak?' kepada pelakon Ozylnn Wati dan pelawak, Johan Raja Lawak.

Menerusi ujian tersebut, masing-masing menerima keputusan seri apabila gagal menjawab satu soalan daripada lima soalan yang diberikan.

Apa yang melucukan, Ozlynn keliru apabila ditanya apakah minuman kegemaran Johan dan itu telah mengakibatkan dia kekurangan satu markah.

Bagaimanapun gelagat Ozlynn dan Johan dalam ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak?’ ketika permainan ini dirakamkan agak kecoh serta diselangi hilai tawa cuba mengingati tabiat pemakanan masing-masing dengan betul dan tepat.

Ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak?’ merupakan satu permainan menguji pasangan suami isteri, adik beradik atau rakan baik dikalangan artis mengenai pengetahuan mereka tentang pasangan masing-masing dalam tabiat pemakanan.

Setiap pasangan akan diberikan lima soalan mengenai apa jua tabiat pemakanan dan perlu meneka atau menjawab soalan tersebut serentak di atas papan hitam kecil yang disediakan.

Apakah soalan yang gagal dijawab Johan mengenai Ozylnn pula serta apakah tabiat pemakanan yang anda tidak pernah tahu mengenai pasangan ini?

Saksikan rakaman ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak’ tersebut di bawah:

Teks Oleh: Syafiqah Jalal