Jutawan kosmetik, Joyrevfa bersyukur apabila Mahkamah Syariah Shah Alam mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami dua tahun lalu adalah sah.


Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin berkongsi perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya.


Menurut Joy, keputusan itu bermakna pernikahannya dengan penyanyi Hafiz Hamidun selama ini adalah sah.


Ibu kepada seorang anak itu memberitahu lagi, sebagai seorang suami, Hafiz tidak sepatutnya memfitnah Joy dengan perkara tidak benar kepada media untuk kepentingan diri.


Joy berharap dengan keputusan itu, namanya yang pernah dikaitkan dengan gelaran kurang sopan seperti pelacur dan anak haram kerana bernikah dalam tempoh edah bersih selepas ini.


Joy juga menegaskan dia tidak akan meneruskan pernikahannya dengan Hafiz kerana merasakan lelaki itu tidak layak menjadi suami kepadanya dan bapa kepada anak-anaknya.


Berikut merupakan luahan hati yang ditulis Joy:




Di laman yang sama, Joy turut memuat naik perbualannya menerusi aplikasi Whatssapp bersama juru nikah mereka yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan tersebut.


Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam bulan lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.


Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.


Hafiz dan Joy diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.


Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.


Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.