Baru sehari menyambut hari jadi ke-27, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha telah dimasukkan ke hospital.

Menurut perkongsian di laman sosial Instagram milik Hairul Azreen lewat malam tadi, Hanis yang kelihatan pucat sedang dirawat di atas katil sebuah hospital sambil ditemani anak mereka, Yusuf Iskandar.

"Birthday girl masuk hospital. Get well soon Hanis Zalikha," tulis Hairul berserta emoji sedih.

Besday girl masuk hospital ? GWS @haniszalikha

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Tambah Hairul, Hanis terpaksa ditahan di wad selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Rasanya hari ini Hanis masih belum boleh keluar lagi, kena tinggal tiga hingga empat hari lagi," tulis Hairul dalam perkongsian foto terbaharu.

Opah cakap anak daddy baik, tak nangis pun tidur smlm masa tak ada mommy n daddy, Terima kasih Mak Abah jaga hero kami, rasanya hari ini belum boleh keluar lagi Hanis, kena stay 3/4 hari lagi @theyusufiskandar

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on



Sebelum dimasukkan ke hospital, Hanis diraikan dalam sebuah sambutan sederhana bersama kenalan rapatnya di sebuah kafe di ibu kota.

Bagaimanapun, selepas Hairul memuatnaik gambar Hanis di hospital, peminat pasangan itu mendoakan agar kesihatan pengacara itu kembali pulih seperti sediakala.

Namun, ada juga peminat yang membuat spekulasi nakal bahawa pelakon drama Mama Mama Mia itu sedang hamil anak kedua.

"Yeay Yusuf nak dapat adik lagi," tulis @mariatunfaharol.

"Baby Maldives? Get well soon dan tahniah," tulis @_littlemissaisyahaurora.





Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @hairulazreen, @haniszalikha