Dedah Hubungan Cinta, Ini Wajah Kekasih Luhan

9 Oktober 2017. 8.15 PM
6,228
Hiburan
Dedah Hubungan Cinta, Ini Wajah Kekasih Luhan
Bekas anggota kumpulan EXO, Luhan akui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berasal dari China, Guan Xiaotong.
 
Luhan mendedahkan berita tersebut menerusi laman sosial Weibo miliknya pada Ahad.
 
“Hello semua, saya ingin perkenalkan teman wanita saya @GuanXiaoTong,” tulisnya seperti dilapor Koreaboo.
 
Mengesahkan hubunga tersebut, kekasihnya juga turut membalas status itu dengan meninggalkan komen berbentuk hati.
 
Para peminat juga merestui hubungan pasangan selebriti itu dan mengucapkan tahniah kepada mereka.
 
Kami kongsikan beberapa foto cantik teman wanita Luhan:






Artikel Berkaitan