Foto Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Bertudung Cuit Hati Peminat

18 Oktober 2016. 5.44 PM
82,435
Hiburan
Foto Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Bertudung Cuit Hati Peminat

Pelakon Zain Saidin telah berkongsi foto lucu bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana sewaktu mereka mengenakan hijab.

Foto yang dimuatnaik oleh Zain melalui akaun Instagram(IG) miliknya semalam (Isnin) itu jelas memperlihatkan wajahnya yang tersenyum  sambil memangku Aaisyah ketika merakamkan ‘selfie’.

Lebih comel lagi apabila anaknya, Aaisyah atau lebih manja dengan panggilan Ecah telah meniru gaya bapanya yang tersenyum sambil menampakkan barisan giginya dan pipi yang tembam.

Ecah telah menyarungkan tudung berwarna oren manakala Zain pula berwarna merah jambu.

Selain itu, kapsyen yang ditulis oleh suami kepada pelakon Rozita Che Wa (Che Ta) ini juga mencuit hati peminatnya.

“I look like mom 😘😘😘😘 so I guess that means Aaisyah looks like her Nanna,” tulisnya.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat  lebih 19,000 likes dan hampir 500 komen daripada peminatnya.

Kebanyakkan komen yang diberikan memuji kecomelan dua beranak itu.

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram @therealzainsaidin


I look like mom 😘😘😘😘 so I guess that means Aaisyah looks like her Nanna πŸ€—

A photo posted by The Real Zain Saidin (@therealzainsaidin) on


Artikel Berkaitan


Komen