Juri tetap AF Megastar, Syafinaz Selamat akui terkejut pada mulanya apabila mendapat tahu Syamel antara bintang yang mendapat markah terendah di konsert suku akhir semalam.

Bagaimanapun, Syafinaz berkata ada sebab mengapa Syamel berada di kedudukan terendah buat pertama kalinya.

"Pada mulanya saya agak terkejut juga dengan keputusan itu kerana mengikut markah yang saya berikan kepada Syamel dia bukan tersenarai dalam tiga penyanyi yang mendapat markah terendah.

"Namun, dalam masa yang sama saya juga tidak terkejut kerana saya akui persembahan Syamel pada minggu ini agak kurang daripada bintang-bintang lain yang memberikan persaingan lebih hebat.

"Selain undian, penyingkirannya adalah kerana lagu asli bukan forte Syamel dalam nyanyian.

"Sebagai penyanyi memang dia boleh menyanyi pelbagai genre tapi lagu asli bukan untuk Syamel.

"Tapi saya tak kata persembahan dia malam ni terlalu teruk cuma saya boleh kata bukan forte dia sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Selain Syamel, Shahir dan Indah merupakan tiga bintang yang mendapat tempat terendah daripada jumlah markah pada Konsert AF Megastar semalam.

Namun nasib tidak menyebelahi Indah dan dia tersingkir di konsert suku akhir semalam.

Tujuh bintang yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Syamel, dan Amir.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Nak imbau kembali konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal