Selepas selamat diijabkabulkan pada 8 September lalu di Malaysia, pelakon Laudya Cynthia Bella & Engku Emran, telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah semalam.

Majlis yang bertemakan ala Inggeris itu diadakan dengan meriah di InterContinental Hotel, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan cuma dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka sahaja.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis Nora Danish, Amy Search, Betty Rahman, Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair.

Pasangan yang menjadi perhatian peminat seni di Malaysia dan Indonesia itu dinikahkah oleh bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 dengan sekali lafaz.

Rata-rata netizen menyifatkan Bella dan Emran sebagai pasangan yang serasi, sama cantik dan sama padan.

Astro Gempak himpunkan beberapa koleksi foto sekitar majlis resepsi mereka:









Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram/weddingtrendingupdate