Sejak program realiti popular GegarVaganza (GV) ditayangkan, pelbagai cerita, ragam dan kontroversi telah timbul.

Sama ada suka atau tidak, bintang GV terpaksa berhadapan dengan pelbagai kisah panas termasuklah kecaman yang dilemparkan terhadap mereka.

Antara nama-nama besar yang terpalit dengan kontroversi adalah Ifa Raziah (GV1), Azian Mazwan Sapuwan (GV2), Zur Eda (GV3), Azharina (GV3) dan Elly Mazlein (GV3).

Penangan hebat GV juga menyaksikan penguasaan pengaruh media sosial yang memberi impak luar biasa untuk sesuatu isu.

Selain bintang GV, pengacara dan juri program juga tidak terlepas dari menjadi subjek bualan netizen.

Kami senaraikan beberapa kontroversi hangat yang berlaku sepanjang GV bersiaran.

Aksi ‘Berani Mati’ Ifa Raziah Menari Peluk Hisyam Hamid



Nama Ifa Raziah tiba-tiba menjadi hangat susulan aksi menari dan berpelukan dengan aktor Hisyam Hamid ketika menyampaikan lagu berjudul Matahariku.

Insiden yang berlaku ketika persembahan peringkat akhir GV1 itu juga menyebabkan Ifa dikecam hebat oleh netizen.

Malah, Datuk Rosyam Nor selaku juri juga menyifatkan persembahan itu kurang sesuai untuk tatapan umum.

Azian Mazwan Sapuwan Terpalit Dakwaan Anak Terlibat Kes Kecurian Motor



Anak kepada bintang GV2, Azian Mazwan Sapuwan didakwa terlibat dengan kes kecurian motor pada Disember 2015.

Bagaimanapun, Azian tidak cepat melatah dan memberitahu anaknya sudah mengakui kesilapan dan tersalah memilih rakan.

BACA: CURI MOTOR: ANAK SAYA MENGAKU SILAP DIA – AZIAN MAZWAN SAPUWAN

Dakwaan Elly Mazlein Bermasam Muka Dengan Azharina



Menerusi sebuah ruangan gosip, Elly Mazlein didakwa telah memetik nama Azharina ketika semua peserta GV3 berkumpul untuk diberikan penerangan membabitkan konsep pertandingan tersebut.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh juara GV3, Azharina Azhar yang menyifatkan dakwaan tersebut bukanlah satu isu besar.

Azaharina juga berpendapat isu itu sengaja ditimbulkan untuk menghangatkan pertandingan.

BACA: SAYA TIDAK ADA ISU DENGAN ELLY MAZLEIN – AZHARINA

Kontroversi Foto Zur Eda, Digelar Hantu Kak Limah



Gambar sesi fotografi 12 peserta GV3 telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial sehingga banyak pihak yang memberikan komen negatif selepas melihat hasil gambar tersebut.

Foto-foto tersebut masih belum menjalani proses suntingan (edit) dan telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Zur Eda merupakan antara bintang yang teruk menerima kritikan sehingga digelar hantu Kak Limah oleh netizen.

BACA: GAMBAR SESI FOTOGRAFI PESERTA GV 3 VIRAL, TERIMA KOMEN NEGATIF

BACA: GV3: SAYA AKAN PASTIKAN TIADA HANTU KAK LIMAH MINGGU INI – ZUR EDA

Elly Mazlein vs Azmi Hatta, Faye Kusairi



Nama Elly Mazlein atau kini lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom boleh dikatakan antara yang terhangat kerana kronologi kontroversi bekas peserta GV3 ini melibatkan bekas suami, Azmi Hatta, dan juga isterinya pelakon Faye Kusairi.

Kisah penceraian Elly dan Azmi serta kewujudan Faye yang didakwa sebagai pihak ketiga dalam rumah tangga penyanyi Bungaku Bakawali itu mengundang rasa simpati ramai netizen.

BACA: AZMI HATTA & FAYE KUSAIRI BAGAI PINANG DIBELAH KAPAK- ELLY MAZLEIN

BACA: BERJAYA TUNTUT NAFKAH ANAK, ELLY ENGGAN LAYAN ISU AZMI & FAYE

Elly Mazlein Tarik Diri, Kecil Hati Dengan Tok Ram



Konsert keempat GV3 menyaksikan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengumumkan nama penyanyi Elly Mazlein sebagai bintang GV3 yang tersingkir.

Di sebalik penyingkiran tersebut, Elly yang menyampaikan lagu Jangan Menangis Sayang telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada GV3 kerana terasa hati dengan komen juri tetap, Datuk Ramli MS.

Menerima markah terendah berbanding sembilan bintang GV3 yang lain, Datuk Ramli atau Tok Ram memberikan komen yang mengaitkan Elly dengan belas kasihan.

BACA: GV 3: TERASA HATI DENGAN KOMEN DATUK RAMLI MS, ELLY MAZLEIN TARIK DIRI

Ogy Ahmad Daud Dikecam Netizen



Pengguna laman sosial meluahkan rasa marah dan menyifatkan pelakon Ogy Ahmad Daud sebagai seorang yang tidak profesional.

Netizen mendakwa Ogy telah mengeluarkan kenyataan tidak relevan kepada sebuah akhbar tentang bekas bintang GV3, Elly Mazlein ketika dia tersingkir.

Kebanyakan mereka berpendapat Ogy tidak sepatutnya mengungkit kisah lama Elly yang pernah berlakon dalam drama arahannya.

Mereka juga telah mencabar Ogy untuk menyertai GV musim keempat dan mahu melihat sendiri bakat dimilikinya.

BACA: MARAH BELUM HABIS, NETIZEN CABAR OGY SERTAI GV 4

Gegarvaganza 4 bakal bermula tidak lama lagi, jadi jangan lupa untuk follow Instagram rasmi @gegarvaganzaofficial.

Korang rasa siapa yang boleh berdiri sama tinggi dengan diorang nanti di pentas #GegarVaganza ? Cuba comment kat bawah tu.. . #GegarVaganza #KasiUp1Kali #BintangKembaliMenyengat

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on