Tema Ikon, Ini Senarai Lagu Bintang Di Konsert AF Megastar Suku Akhir

8 Oktober 2017. 1.23 PM
6,157
Hiburan
Tema Ikon, Ini Senarai Lagu Bintang Di Konsert AF Megastar Suku Akhir
Konsert AF Megastar minggu ini sudah sampai ke peringkat suku akhir dan diteruskan dengan tema Ikon.
 
Seramai lapan bintang yang berjaya mara telah memilih beberapa lagu untuk persembahan mereka nanti.

Lapan bintang tersebut adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Syamel, dan Amir.

Produser AF Megastar, Ain Farikh berkata minggu ini bintang AF Megastar akan menyanyikan beberapa buah lagu daripada seorang penyanyi yang menjadi ikonnya.

"Bintang-bintang kita akan menyampaikan rangkaian lagu daripada ikon muzik pilihan mereka – mengikut kreativiti masing-masing," katanya kepada Astro Gempak.
Berikut merupakan senarai lagu bintang AF Megastar di minggu ini:
 
1. Shahir - Jeritan Batinku, Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)
 
2.Indah - Gelora, Mari Jalan Bersama  (Saloma)
 
3. Syamel - Umpan Jinak Di Air Tenang, Gelisah (Ahamad Jais)
 
4. Amir - Sepi Sekuntum Bunga Mawar, Pengemis Cinta (Ella)
 
5. Bob - Balqis, Nirmala (Datuk Siti Nurhaliza)
 
6. Marsha - Akhirnya Kini Pasti, Seksis (Anita Sarawak)
 
7. Idayu - Sangkar Cinta, Syurga Di Hati Kita, Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)
 
8. Amir  Jahari - Kau Di Hati Ku, Orak Arek (Zainal Abidin)
 
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com


Teks oleh: Syafiqah Jalal 

Artikel Berkaitan