Kalau Ada Tawaran Berlakon & Pengacara, Saya Okay Saja - Riana AF2016

18 Oktober 2016. 7.00 PM
40,636
Hiburan
Kalau Ada Tawaran Berlakon & Pengacara, Saya Okay Saja - Riana AF2016

Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2016), Riana tidak menolak sekiranya diberi tawaran untuk berlakon mahupun mengacara.

Riana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi menerima sekiranya rezekinya dalam bidang tersebut datang terlebih dahulu.

“Kalau orang kata saya ada pakej sebagai pelakon atau pengacara itu saya tak tahulah komen apa.

“Tapi kalau dah tertulis rezeki saya ke arah itu, saya okay dan terima saja. Tapi keutamaan saya adalah nyanyian.

“Daripada dulu lagi saya memang suka menyanyi, jadi bila dah lepas AF ni tak semestinya saya habis di sini.

“Saya berterima kasih kerana diberika platform untuk memulakan kerjaya saya dalam bidang seni.

“Saya merancang untuk belajar lebih lagi dalam bidang nyanyian, bak kata orang ‘polish’ lagi supaya saya dapat memperbaiki kekurangan saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Bercakap mengenai pengalamannya sepanjang berada di Akademi, Riana berkata dia tidak akan melupakan segala ajaran yang diberikan oleh kesemua tenaga pengajar.

“Apa yang saya dapat dalam akademi tidak akan sama bila dah berada diluar, maksud saya dari segi suasana

“Rindu dengan semua cikgu-cikgu terpaksa melayan karenah kami waktu sesi pembelajaran.

“Saya sama sekali tidak akan lupakan segala tunjuk ajar yang cikgu-cikgu dah bagi. Pada saya benda itu sangat berharga dan boleh digunakan sampai bila-bila,” ujarnya.

Teks Oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan