Video klip lagu terbaharu nyanyian Fattah Amin berjudul 1234U sudah ditonton lebih 50,000 kali selepas dimuat naik di platform Youtube sejak petang semalam.

Lagu ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan itu merupakan lagu kedua Fattah selepas Wanita Terakhir yang dilancarkan pada Januari tahun ini, juga menampilkan komposer dan penulis lirik sama.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, lagu 1234U itu merupakan lagu soundtrack telefilem terbaharu berjudul Wanita Terindah yang turut dibintangi oleh Nur Fazura.

Muzik video lagu 1234U menarik perhatian netizen apabila menampilkan beberapa sedutan daripada telefilem itu selain penampilan Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika.

Fattah terlebih dahulu memuatnaik sedutan pendek muzik video lagu 1234U itu di Instagramnya sekitar petang semalam dan sehingga kini video itu telah ditonton 100,000 kali dan dihujani lebih 500 komen.

1234U OFFICIAL MUSIC VIDEO TEASER Hi, semua! Hari ni #FASTYLEASIA akan release official music video untuk single terbaru saya, #1234U, yang merupakan salah satu lagu dalam #OSTWanitaTerindahMovie. Music video ini akan disiarkan pada jam 3:00PM nanti di saluran YouTube FASTYLEASIA. Nantikan official music video ini tau. Lagu ini digubah oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan and it's 1234U! #WanitaTerindahMovie #WanitaTerindah #RedcomFilms #1234UbyFattahAmin #WarnerMusic #KGE #Malaymovie @redcommfilms

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


"Lagu-lagu sebelum ini semua sedih... Tapi lagu 1234U ini dapat rasa hati gembira Fattah," tulis Nurjessica Afiqah di Youtube Fastyleasia.

"Merecik betul video klip. Lagu sedap semua handsome dan comel, dengar lagu ini badan pun automatik bergoyang. Rasa di awangan," luah Esya Reesa.

"Lagu ini comel sangat. Kalau boleh perform di majlis anugerah. Boleh bayang ada step menarik sedikit," tulis Blossom April.






Telefilem Wanita Terindah akan disiarkan mulai 2 November 2017 di Astro First Eksklusif (480).



Teks oleh: Amri Hassan