Bintang filem Indonesia, Laudya Cynthia Bella dilantik sebagai juri undangan selaku wakil Juri Nusantara untuk rancangan realiti pencarian bakat cilik Islamik, Ceria i-Star 2017.

Keberadaan Laudya sebagai Juri Nusantara kali ini secara tidak langsung memberikan keselesaan kepada peserta dari negara jiran Indonesia dan Brunei agar tidak merasakan kekok atau terpinggir.

"Panggil saya Bunda Bella! Rancangan ini memang sesuai dengan saya kerana saya juga sukakan kanak-kanak," kata Laudya menerusi rakaman video khas pada sidang media Ceria i-Star di Talent Lounge, Damansara baru-baru ini.

Selain Bella, Ceria i-Star 2017 akan disertai oleh pelawak terkenal Indonesia, Dzawin sebagai pengacara bersama Nabil dan PU Yeop.

Manakala, juri tetap untuk rancangan Ceria i-Star 2017 masih mengekalkan Ustaz Amin Idris dan Imam Muda Asyraf.

Pentas Ceria i-Star 2017 akan diceriakan dengan kehadiran tujuh orang peserta solo iaitu Sajjad (11
tahun, Bandung Indonesia), Syifa (8 tahun, Jakarta Indonesia), Rayyan (13 tahun, Kelantan), Hazury (12 tahun, Pahang), Puteri Siti Mahirah (13 tahun, Johor), Ayeen (10 tahun, Kedah), Fikki (14 tahun,
Brunei)

Empat peserta berkumpulan pula diwakili oleh IG (Islamic Girls) dari Kelantan, Madani dari Selangor,
U.M.M dari Indonesia dan Malaysia serta Soutul Balad dari Kelantan.

Ceria i-Star 2017 akan mula
bersiaran selama satu jam pada setiap hari Sabtu, mulai 7 Oktober
2017, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD
(saluran 135).

Program ini juga boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Berikut adalah antara sedutan konsert pertama Ceria i-Star musim ke dua. Nak tonton episod penuh? Saksikan Ceria i-Star musim ke dua setiap Sabtu bermula 7 Oktober 2017 jam 9 malam di saluran Astro Ceria, Astro Prima dan Astro Maya HD. #ceriaistar #BismillahLetsGo

A post shared by Astro Ceria (@astroceria) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @laudyacynthiabella, @AstroCeria