Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Seo In Guk memohon maaf kepada peminat kerana terpaksa menangguhkan latihan kententeraan selepas dikejarkan ke hospital akibat mengalami kecederaan.

Menurut laporan Koreaboo, Seo In Guk telah menulis sepucuk surut buat peminat dan akui kesal kerana tidak dapat meneruskan tanggungjawab kepada negaranya.

"Saya harus menerima hakikat bahawa saya tidak boleh meneruskan khidmat ketenteraan ini kerana mengalami kecederaan pada buku lali kaki kiri.

"Jadi saya harus menunda khidmat ketenteraan dan terpaksa menerima rawatan bagi memulihkan kecederaan yang dialami.

"Saya ingin memohom maaf kerana membuat semua peminat kecewa dengan keputusan ini dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik pada masa akan datang supaya dapat mengubati kekecewaan anda semua," tulisnya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut telah mengundang respon negatif netizen yang tidak berasa simpati dengan nasib penyanyi itu.

Rata-ratanya beranggapan Seo In Guk sekadar ingin memberi alasan supaya dia terlepas daripada menjalani latihan ketenteraan..

Sumber: Koreaboo