Seorang pemuda dikenali sebagai Kerol gemar menggunakan barang terpakai untuk menghias rumah.

Kerol Izwan yang mempunyai lebih 24 ribu pengikut di laman sosial Instagram turut menggunakan #kerolhome untuk berkongsi foto hiasan dalaman kediamannya.

Menurut Kerol barangan terpakai yang paling digemarinya ialah sebuah meja makan yang dibuat sendiri dan hanya mengeluarkan modal sebanyak RM80 sahaja.

"Saya memang suka kumpul dan beli barang terpakai untuk hias rumah. Selain tidak memerlukan modal yang besar, saya rasa berbaloi kerana dapat barang berkualiti dengan harga murah.

"Meja makan saya buat sendiri dengan sebuah pintu yang diperbuat dari 'solid wood' yang berharga RM80 di kedai barangan terpakai.

"Untuk bahagian kaki meja saya hanya gunakan kekuda kayu yang dibeli di Ikea sebagai penyokong.

"Jadi untuk sebuah meja makan modal yang saya gunakan tidak sampai RM300," katanya ketika ditemui Astro Gempak di kediamannya di Nilai, Negeri Sembilan.

Selain meja makan, barangan terpakai lain dibeli Kerol untuk kediamannya yang berkonsepkan 'Scandinavian' ialah kerusi rehat, peta dunia serta barang perhiasan lain yang sesuai.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah Kerol, boleh ikuti temubual bersama Astro Gempak menerusi video di bawah:


Teks oleh Mohd Ishahrulddin Tahir