Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dihukum penjara 14 tahun dan didenda Rp800 juta (RM250,944) atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.

Menurut The Jakarta Post, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan, Indonesia semalam memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas aktor berusia 38 tahun itu.

Benjy dijatuhkan hukuman tersebut kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara berkenaan.

Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu.

Benjy ditahan bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.


Pelakon itu ditahan kerana kelakuannya mencurigakan dan motif kedatangannya ke Indonesia juga diragui.

Sumber: The Jakarta Post