Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akui terharu apabila mengetahui video lagu Manisnya Senyumanmu yang dipersembahkan ketika persandingan kedua Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan Mohd Faizal Zakaria menjadi tular September lalu.

Kata Sasha, persembahan itu berlaku secara spontan dan tidak dirancang.

“Sebenarnya persembahan itu berlaku secara spontan, kami naik ke pentas pun atas permintaan penganjur dan persetujuan Abby.

“Memandangkan kami sudah lama tak buat persembahan, memang rasa sangat teruja.

"Dah macam 'reunion' Elite dan tak sangka pula persembahan itu tular di media sosial.

“Paling lucu adalah reaksi Linda. Dia ketawa hingga menangis disebabkan terlalu gembira dengan penerimaan peminat,” katanya kepada Astro Gempak.

Sasha ditemui ketika majlis perlancaran drama mini bersiri online Mata Cinta yang diadakan di TGV, One Utama, Petaling Jaya, pada Isnin.

❤️❤️❤️❤️❤️ Repost from @mingguanwanita using @RepostRegramApp - Penampilan dan persembahan istimewa kumpulan Elite Di Majlis persandingan keluarga besar Norman Hakim dan keluarga Abby Abadi...nostalgia sgt! #mingguanwanita #kuasawanitadisini #Normey #JaiAbby #mahligaiimpiancatering #idcc @lindarafar @tie_joey @abby_abadi112 @azzaelite

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on


Mengulas mengenai Elite, Sasha memberitahu dia sedang merancang untuk membuat kemunculan semula Elite.

“Sebenarnya saya pun sedang berusaha membuat perancangan untuk menyatukan kembali Elite, ibaratnya seperti kemunculan semula.

“Semua anggota kumpulan telah bersetuju namun ‘comeback’ ini mungkin tanpa Abby kerana dia memang tidak mahu menyanyi.

“Abby juga sudah bertahu awal-awal, jadi tidak ada sebarang masalah atau perasaan benci yang timbul. Kami hormati keputusan antara satu sama lain,” ujarnya.

Selain Sasha, Elite turut dianggotai oleh Azza, Watie Sadali dan Linda Rafar.

Dalam perkembangan terbaru, Sasha memberitahu sudah menerima tiga buah lagu daripada seorang komposer dan kini dalam proses perbincangan bersama anggota Elite lain untuk memilih lagu yang sesuai.

So cantik Inai putih tu. Nak jugak lah. Eh?! ? #AbbyxJaiNormanxMemey #ELITEsts #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfASingleWorkingMum #CommittedToTheCelopians

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on

The beautiful bride @abby_abadi112 #AbbyxJaiNormanxMemey #ELITEsts #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfASingleWorkingMum #CommittedToTheCelopians

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on

Apa dia @lindarafar pandang-pandang? ? #AbbyxJai #NormanxMemey #ELITEsts #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfASingleWorkingMum #CommittedToTheCelopians

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on

Foto: @Sashasaidin

Teks oleh: Mya Amri