Selepas kecoh mengenai berita kehamilannya, personaliti TV, Kylie Jenner dikhabarkan mula membuat persiapan untuk bayi dalam kandungan yang baru berusia empat bulan.

Difahamkan, Kylie yang hamil anak kekasihnya, Travis Scott itu sudah membelanjakan pakaian bayinya sehingga mencecah hampir RM300,000.

Menurut TMZ, Kylie telah menjadikan aktiviti membeli belah pakaian bayi itu sebagai hobinya.

Selain membeli-belah secara online, Kylie juga telah pergi ke pusat pakaian bayi dan kanak-kanak berjenama mewah untuk membuat persiapan kelahiran anak pertamanya itu.

Sumber: TMZ