Pelakon Syafiq Kyle mengakui kini merupakan masa yang sesuai untuk memikirkan soal jodoh memandangkan usianya semakin dewasa.

Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, dia tidak tertekan mengenai soal jodoh namun berharap dapat bertemu seseorang yang istimewa dan memahami pekerjaannya sebagai seorang selebriti.

"Mungkin ramai yang sering mengaitkan saya dengan Hanna memandangkan pencapaian kami dalam drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer.

"Namun itu merupakan perkara biasa kerana saya pernah jadi penonton dan saya sendiri akan berharap agar pelakon itu betul-betul bercinta. Bila saya berlakon, apa yang orang rasa di luar, tak sama dengan apa yang kami rasa.

"Mungkin sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya mula fikir tentang percintaan dan mencari pasangan hidup, tetapi bukan dengan Hannah.

"Hannah masih muda dan masih banyak yang mahu ingin dicapai olehnya dan saya hormati dia.

"Saya tak nafikan bahawa dia memang cantik namun bila berbicara tentang soal hati perkara itu tidak boleh dipaksa," katanya kepada Astro Gempak.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada ditemui pada program #SmileSelangor, di Black Box SACC Mall, Shah Alam, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Syafiq Kyle, Hanna Delisha