GV 3: Kutip Markah Tertinggi, Sarah Terharu Bercampur Emosi

19 Oktober 2016. 9.46 AM
64,303
Hiburan
GV 3: Kutip Markah Tertinggi, Sarah Terharu Bercampur Emosi

Peserta GegarVaganza 3 (GV3), Siti Sarah terharu kerana dia dapat mengutip mata tertinggi untuk konsert pertama GV 3.

"Mendapat tempat teratas membuatkan saya terharu. Saya sangat tidak menyangka setelah sekian lama menyepikan diri dalam dunia nyanyian, saya dapat kembali beraksi di hadapan orang ramai.

"Terlalu lama saya tidak menyanyi, lagi-lagu apabila melibatkan pertandingan, sudah hampir lapan tahun. Mengutip mata tertinggi membuatkan saya rasa bersyukur.

"Emosi saya juga sedikit terusik apabila kembali menyanyi di pentas besar seperti GV 3. Apabila saya melihat penerimaan orang ramai terhadap persembahan yang saya tampilkan, tak sangka ada yang masih menyokong dan menyayangi saya," kata Sarah kepada Astro Gempak.

Bakal menyampaikan lagu Teratai Layu di Tasik Madu dendangan asal Fauziah Latiff, Sarah mengakui dia tidak pernah menyanyikan lagu tersebut.

"Lagu itu merupakan cabaran baru buat saya. Saya tidak pernah menyanyikan lagu tersebut dan saya harus meneliti dahulu apa kehendak lagu dan apa yang harus saya sampaikan nanti.

"Menyanyikan lagu balada seperti lagu tersebut sangat memberikan cabaran besar buat saya kerana saya harus menjaga pernafasan. Saya mahu memberikan fokus agar dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik di konsert kedua nanti," katanya lagi.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kedua GV 3 bertemakan Memori Berkasih dan 12 peserta masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.



   


Teks oleh: Kamaruddin Razal






Artikel Berkaitan