Ratu realiti TV, Kim Kardashian mengakui berasa bangga apabila pernah menjadi sebahagian daripada model dalam majalah Playboy pada tahun 2007.

Menurut laporan Daily Mail, Kim berkata dia tidak pernah berasa menyesal gara-gara merakam gambar bogel untuk disiarkan dalam majalah Playboy.

"Pada awalnya mungkin saya berasa malu apabila gambar saya dirakam ketika bogel dan disiarkan di dalam majalah.

"Namun hasil dorongan daripada ibu, saya melakukan juga kerana dia ingin melihat wajah saya dalam majalah tersebut.

"Ibu juga memberitahu bahawa saya akan memiliki foto yang cantik untuk dilihat ketika di usia sekarang seperti ibu.

"Sejujurnya, saya berasa bangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada Playboy dan foto tersebut kini menjadi kenangan paling indah untuk saya," katanya.

Sumber: Daily Mail