Juri tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS akui tujuan dia berada di tempat juri kepada program tersebut bukan untuk mengkritik semata-mata.

Ramli MS berkata komen yang diberikan kepada setiap bintang itu melihat kepada masa depan mereka di masa dua tahun akan datang.

"Sebenarnya saya jangka sesuatu yang lebih intelektual daripada bintang AF Megastar.

"AF Megastar bukan tempat untuk saya 'kondem' tetapi bila saya komen itu saya cakap untuk masa depan mereka di masa dua tahun akan datang.

"Saya melihat daripada segi cara pemikiran mereka terhadap bidang seni yang diceburi itu.

"Mereka perlu tahu bagaimana hendak menjadikan karier nyanyian sebagai perniagaan," katanya kepada Astro Gempak.

Konsert AF Megastar Ahad lalu menyaksikan Sufi tersingkir selepas mendapat markah terendah daripada sembilan bintang yang lalin.

Lapan bintang yang berjaya mara ke konsert seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah , Syamel, dan Amir.

Mengulas mengenai persembahan bintang pada minggu lalu, Ramli MS berkata hampir kesemua menunjukkan prestasi yang konsisten.

"Saya boleh kata semua menunjukkan prestasi yang konsisten dan bagus dari minggu ke minggu.

"Penyanyi yang cerdik dan berakal akan membuat mereka lebih bagus di atas pentas," katanya lagi.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal