Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran dikhabarkan bakal melangsungkan resepsi perkahwinannya di Indonesia, 8 Oktober ini.

Menurut Kapan Lagi, foto kad undangan resepsi telah tersebar di laman internet.

Pengurus Bella, Emi juga telah mengesahkan berita tersebut.

"Ya benar, saya mengesahkannya. Betul, memang Bella akan melangsungkan resepsinya disini," katanya.

Bagaimanapun Emi enggan mendedahkan lokasi majlis itu akan berlangsung.

"Saya bukan orang yang berhak untuk menjawab semua ini. Ia adalah majlis tertutup dan privasi.

"Jadi maklumat lain saya tidak dapat dedahkan disini," katanya lagi.

Pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu telah melangsungkan perkahwinnnya dengan Engku Emran pada 8 September lalu di Malaysia.