Pelakon Faye Kusairi hari ini (Rabu) telah memohon maaf kepada rakan media selepas kenyataan yang dikeluarkannya di akaun twitter miliknya semalam (Selasa).

Menerusi kiriman Whatsapp yang dikirim Faye, dia memohon maaf sekiranya entri yang dimuatnaik mengguris dan menyinggung perasaan teman media dan semua pihak.

Menurut Faye, dia kesal dengan apa yang berlaku dan niat asalnya hanya mahu menghentikan kontroversi yang membabitkan dirinya, Azmi dan Elly Mazlein.

Dalam masa yang sama Faye turut memuat permohonan maafnya di akaun Instagram.

Terdahulu Faye telah menulis entri di twitter dan mempertikai tentang laporan yang ditulis wartawan berhubung isu kekasihnya dan bekas isteri, Elly.

Entri tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian ruangan Miss K di Astro Gempak.

[[BACA]] Bela Azmi Hatta, Faye Kusairi Tuduh Wartawan Bodoh