Konsert ketiga AF Megastar telah berlangsung dengan meriah di Royale Theatre Shah Alam, semalam.


Bertemakan Mahakarya, sembilan bintang AF Megastar yang bertanding telah memberikan persembahan hebat dan memukau.


Konsert minggu ini menyaksikan Sufi menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week buat kali kedua hasil undian peminat sepenuhnya.


Penyanyi kelahiran Singapura itu membawa pulang eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.


Namun siapa sangka nama Sufi turut diumumkan sebagai peserta yang berada di kedudukan terendah secara keseluruhan sekaligus menyebabkan dia tersingkir pada malam tersebut.


Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Faizal Tahir sebagai juri jemputan.


Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.


Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang diberikan:


Idayu, 54.7% - Lelaki Teragung



"Nyanyian awak tiada masalah. Saya harap awak boleh pergi jauh lagi selepas ini," - Ramli MS


Marsha, 54.5% - Terlalu Istimewa



"Malam ini awak beri sesuatu lebih lembut dan beremosi serta menusuk kalbu. Saya terkesan dengan persembahan awak malam ini," - Syafinaz Selamat


Syamel, 47.5% - Hanya Namamu



"Saya rasa awak perlu betulkan sebutan awak, supaya ia didengari seperti bahasa Melayu sebenar," Syafinaz Selamat


Bob, 46.5% - My Heart Will Go On



"Awak dah tukarkan lagu tu sepenuhnya dan nampak seperti awak tidak menghormati karya ini. Awak ada merdu yang cukup cuma awak tak tahu kemana nak pergi lagi”, - Ramli MS


Indah, 44.6% - Lelaki



“Awak perlu capai tenaga lagu band yang besar. Bagaimanapun, persembahan awak okay," - Ramli MS


Amir Jahari, 43.4% - Viva La Vida



"Satu persembahan yang bertenaga. Tapi harap lepas ni awak boleh menyanyi lagu yang orang senang nak faham," - Faizal Tahir


Amir, 42.1% - Lagu Untuk Mu



"Dari segi keseluruhan produksi saya harus beri markah penuh atas usaha anda. Ia seperti satu persembahan konsert," - Faizal Tahir


Shahir, 36.1% - Pencuri Hati



"Bagi saya persembahan awak sangat ‘fun’ dan saya bagi markah penuh. Cuma saya nak beritahu awak kalau nak menyanyi kena sepenuh hati sebab tadi macam nak tak nak," - Syafinaz Selamat


Sufi, 18.8% - Izinkan Ku Pergi



"Saya harapkan sesuatu yang lain sebenarnya. Saya tak dapat rasa dari nyanyian awak tadi. Saya boleh kata ia hanya persembahan yang baik," - Faizal Tahir


AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.


Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video


AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/


Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com


Teks oleh: Syafiqah Jalal