Pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki akui tidak mempedulikan kritikan orang ramai berhubung penganugerahan darjah kebesaran diterimanya daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa lalu.

Menurut entri di Instagram (IG)nya, Afdlin memberitahu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu adalah pengiktirafan sebagai anak seni yang telah memberi manfaat kepada masyarakat.

Tambah Afdlin, dia tidak menyangka akan menerima anugerah itu bersama tiga sahabatnya iaitu Datuk Azhar Othman atau Awie, Datuk Hans Isaac dan Datuk AC Mizal ketika mereka masih hidup.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yang berlaku pada kami. Tak sangka yang empat orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup.

"I am so proud of my brothers. Pedulikan apa orang nak kata. Baju itu memang kami beli tetapi kurnia kami tidak.

"Kurnia ini bukan kami cari. Kami hanya buat yang terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik utk keluarga kami.

"Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yang di berikan kepada masyarakat. Terima kasih kepada pihak istana yang memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan.

"Allah saja tahu apa yang kita sudah buat dengan bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dengan penuh kesusahan," tulisnya.

Isu 'Datuk beli' menjadi kontroversi selapas Zizan Razak ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada Sabtu lalu mengusik Hans Isaac dan Eizlan Yusof kononnya gelaran berkenaan diterima mereka seperti dibeli.

Namun, Zizan akhirnya tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan itu selepas dia dikritik beberapa artis termasuk Adflin sendiri.

Assalammualaikum. Lewat malam ni aku berfikir. Masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yg berlaku pada kami. Tak sangka yg 4 orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup. I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju tu memang kami beli. Tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari. Kami hanya buat yg terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik utk keluarga kami. Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yg di berikan kepada masyarakat. Terimakasih kepada pihak istana yg memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan. Allah SWT saja tahu apa yg kita sudah buat dgn bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dgn penuh kesusahan. Kami bukan tak pernah jatuh dan bangun. Dgn berbekalkan kepercayaan pada diri sendiri, keinginan utk menghibur dan memberi manafaat, kami sampai ke tempat ini. Kini kami masih berusaha. Masih belajar. Masih memberi manafaat. Semoga kami dapat memberi peransang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya yang seorang budak flat sri sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya. Terimakasih kepada yg menyokong kerja-kerja kami selama ini. In Shaa Allah kami akan terus memberi yg terbaik dan membawa perubahan positif pada industri kami dan masyarakat Malaysia. Percayalah! You can do it too!! Aku bersyukur pada Allah SWT dan sangat merasa rendah diri di atas pemberian-Nya ini.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi