Nak Kenal Boleh, Tapi Kena Jumpa Keluarga Saya Dulu - Elfira Loy

19 Oktober 2016. 4.40 PM
33,040
Hiburan
Nak Kenal Boleh, Tapi Kena Jumpa Keluarga Saya Dulu - Elfira Loy

Tidak menyembunyikan status dirinya, pelakon Elfira Loy, 22, akui masih solo.

Menurut Elfira, dia masih belum terfikir untuk menjalinkan hubungan sebaliknya mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.

“Saya rasa tak perlu tergesa-gesa untuk mencari pasangan memandangkan usia saya masih muda.

“Saya akui bila berada dalam industri ramai yang kerap bertanya mengenai status saya, tapi bila saya fikir kembali kembanyakan mereka yang seusia saya ramai yang baru habis belajar.

“Jadi kenapa saya nak terkejar-kejar fikirkan tentang perkahwinan, saya rasa dengan umur 22 tahun inilah masanya untuk ‘built up’ kerjaya saya,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Bagaimanapun Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri tidak menolak sekiranya ada lelaki yang ingin berkenalan dengannya.

“Saya tak sorokkan apa-apa dan ya saya masih solo, saya okay saja kalau ada sesiapa yang nak berkenalan.

“Cuma saya nak beritahu saya lebih sukakan kalau berkenalan dengan cara tradisional di mana mereka perlulah berjumpa dengan keluarga saya.

“Saya rasa cara itu lebih baik dan saya rasa tak ramai lelaki yang berani untuk melakukan perkara itu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Elfira merupakan salah sorang selebriti yag terlibat dalam rancangan Extreme Roadtrip yang bersiaran setiap Sabtu di Astro Bella (saluran 133) dan Astro Mustika HD (saluran 134) bermula 1 Oktober lalu.

Teks oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan


Komen