Finalis Hero Remaja 2017, Ashraff Moghni mengakui tidak memandang kekurangan yang dimilikinya sebagai halangan untuk berjaya mengejar cita-citanya.

Menurut Ashraff Moghni, dia mempunyai masalah menyebut huruf 'R' dan menggangap perkara itu sebagai satu kelebihan yang ada pada dirinya.

"Saya tidak fikir pelat 'R' merupakan sebagai kekurangan kerana bagi saya sudah cukup memadai apabila apa yang cuba disampaikan dapat difahami oleh orang.

"Saya anggap kekurangan ini sebagai kelebihan kerana ia adalah salah satu cara untuk orang mudah mengenali siapa Ashraff Moghni.

"Mungkin pada awalnya saya tidak boleh terima kekurangan ini namun apabila difikirkan semula sampai bila saya nak malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

"Ini merupakan keunikan yang diberikan dan saya akan memperbaiki kekurangan ini untuk mengejar cita-cita sebagai pengacara suatu hari nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Ashraff Moghni berkata demikian ketika ditemui pada rakaman program Hero Remaja yang diadakan di Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai finalis-finalis Hero Remaja, jangan lupa saksikan rancangan Hero Remaja 2017, setiap hari Khamis pada pukul 9 malam, di salauran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sementara itu, penonton juga boleh menyaksikan 'Hero Remaja x Astro Gempak' secara digital di laman web Astro Gempak.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi