Achey Minta Bapa Berhenti Berniaga Selepas Kemalangan

19 Oktober 2016. 6.30 PM
71,239
Hiburan
Achey Minta Bapa Berhenti Berniaga Selepas Kemalangan
Pelawak Achey memberitahu dia dan keluarga tidak membenarkan bapanya berniaga selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Acey berkata, meskipun keadaan bapa Hamzah Salam semakin pulih, mereka sekeluarga sepakat untuk tidak membenarkannya berniaga kerana bimbangkan keadaan kesihatannya.

“Abah semakin pulih dan kini sudah dibenarkan untuk pulangkan ke rumah, tetapi kami adik-beradik sudah sebulat suara untuk menyuruh dia berhenti berniaga.

"Bila sudah terjadi macam ini kami sudah tidak membenarkan dia untuk membuat aktiviti berat dengan umur dia yang sudah menjangkau usia 79 tahun.

"Sekarang ini dengan keadaan kaki, pinggul dan tulang rusuk yang patah jadi kerusi roda la jawabnya," katanya kepada Astro Gempak
.
Tambah Achey, setelah hampir sebulan masuk hospital, bapanya kini sudah boleh duduk dan masih mendapatkan rawatan susulan untuk berjalan semula.

Bercerita mengenai perniagaan yang dijalankan, Achey berkata bapanya telah menjual barangan basah sejak 40 tahun yang lalu.

"Sebelum ini dia berniaga untuk cari pendapatan tetap tetapi bila usianya telah uzur dia cuma ingin mengisi masa lapang kerana bosan tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

"Kini perniagaan itu sudah hampir 40 tahun dibuka kerana sejak saya dilahirkan dia sudah berniaga," katanya.

Terdahulu, bapa Achey cedera parah selepas mengalami kemalangan jalan raya di Labis, Segamat Johor.

Kejadian tersebut berlaku ketika bapanya keluar untuk membeli sarapan pagi dan motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi di sebuah persimpangan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi






Artikel Berkaitan


Komen