Pelakon Faye Kusyairi mengesahkan dirinya kini hamil hampir tiga bulan selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Azmi Hatta.

Menurut Faye, perkara itu mula disedarinya setelah mengalami hilang selera makan sejak beberapa minggu lalu.

“Pada awalnya saya tidak mendapat apa-apa tanda awal hamil, cuma hilang selera makan dan saya fikir ini merupakan perkara biasa.

“Namun, bila perkara ini mula berlarutan selama beberapa minggu dan saya mula muntah-muntah serta apa yang saya makan keluar balik.

“Selepas itu bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat.

“Boleh dikatakan sehingga sekarang simtom itu masih ada dan suami menasihati saya agar menghadkan aktiviti-atviti lasak kerana kandungan masih baru,” katanya kepada Astro Gempak.

Faye berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, disini Selasa.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem adaptasi karya novelis thriller no 1 Malaysia, Tombiruo, di pawagam bermula 12 Oktober ini.

Selain Faye, filem ini juga dilakonkan oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan Dynas Mokhtar.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi