Semalam, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk tiba-tiba tersimbah sup panas yang dibawa oleh pelayan restoran.


Difahamkan, periuk sup panas yang dibawa oleh pelayan restoran itu tiba-tiba tergelincir dipercayai akibat lantai yang licin.


Malangnya, periuk itu terjatuh di atas meja menyebabkan sup panas itu tersimbah pada tubuh anak kecil tersebut.


Wanita dipercayai ibu kepada mangsa yang duduk bersebelahan dengan segera mendukung kanak-kanak malang itu.



Rakaman tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berang dengan kecuaian pelayan tersebut.



Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kasihan dengan nasib yang menimpa kanak-kanak itu.


Berikut merupakan komen-komen netizen:



@Sweetss Bearzss - Kau takkan tak boleh hati-hati..kecacatan pada muka budak tu tak akan boleh diganti..



@Abdul Fattah Hedzir - Malang sukar untuk diduga. Semoga budak kecil itu segera sembuh. Nak salahkan pelayan 100% tak boleh, tapi memang ada kesalahan kepada pihak restoran kerana tidak mengemop lantai restoran yang kemungkinan licin.



@Rosnah Yak - Ya Allah kasihannya mudah-mudahan tidak apa-apa



@Deric Dolii - Alalala kasihan budak tu, kena saman lah pelayan tu



@Zaidah Yacob- Cara makanan dibawa kepada pelangan harus diubah... Demi untuk kebaikam semua