Penyanyi John Legend berang apabila ada pihak mendakwa dia telah bercerai dengan isterinya, Chrissy Teigen.

Menurut laporan Daily Mail, John memohon kepada peminat supaya tidak mudah percaya dengan gosip tersebut.

"Jangan sesekali mempercayai berita yang salah. Hubungan saya dan isteri masih bahagia. Jangan sesekali membuat dakwaan yang tidak betul," katanya.

Dalam pada itu, menerusi sebuah entri di Instagram, John sempat berkongsi sekeping gambar mencium isterinya dan memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

"Hari ini genap ulang tahun keempat perkahwinan kita selepas bertemu 11 tahun yang lalu. Saya sangat mencintai wanita ini," tulisnya.

Rata-rata peminat berharap agar mereka sentiasa bahagia dan mendoakan pasangan itu tabah menempuhi kehidupan seharian.

Sumber: Daily Mail