Penyanyi Farawahida menyangkal dakwaan bahawa dia dan suaminya, Abdul Shukor Mohd Zain, sudah berpisah.

Kata Farawahida, gosip itu muncul ekoran dia jarang berkongsi kisah peribadi di media sosial.

"Pernah juga timbul gosip saya berpisah dengan suami awal tahun ini, mungkin sebab saya jarang memuat naik gambar saya dan suami.

"Tetapi sebenarnya sejak dari zaman bercinta lagi pun saya memang tidak berkongsi di media sosial.

"Alhamdulillah sampai sekarang, sudah empat tahun kami berkahwin dan kami masih bahagia.

"Ini kehidupan peribadi saya dan ada perkara yang perlu dan tidak perlu saya kongsi kepada umum," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single Mengapa Harus Aku di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.



Mengapa Harus Aku merupakan single sulung Farawahida berduet dengan Datin Alyah.

"Saya teruja apabila ditawarkan untuk bekerjasama dengan Datin Alyah kerana memang semua akui dia seorang penyanyi yang punyai vokal yang hebat," tambahnya.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @realfawarahida