Penyanyi Indonesia, Marcell bersyukur kerana mempunyai peminat yang masih percaya dengan bakat serta karya dihasilkannya.

Menurut Marcell, dia tidak menyangka kerana berjaya merealisasikan impiannya untuk mengadakan sebuah konsert bersama peminat.

"Saya rasa konsert ini tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa peminat dan ‘support system’ yang saya ada sejak dulu lagi.

"Mereka bersama-sama saya selama 12 tahun sebagai pemuzik yang mengiringi setiap persembahan saya.

"Mereka merupakan tonggak utama saya ketika berkarya.

“Sokongan paling penting bagi saya adalah keluarga iaitu anak serta isteri saya," katanya kepada Astro Gempak.

Marcell berkata demikian ketika ditemui pada konsert Marcell - Once In A Lifetime, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Pada konsert itu, Marcell telah menghiburkan penonton yang hadir dengan mempersembahkan 40 buah lagu termasuk secara medley.

Konsert tersebut merupakan yang pertama diadakan oleh Marcell dalam seumur hidupnya bergelar anak seni dan telah menyambut ulang tahunnya ke-40 pada tahun ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi