Pelakon Zarina Zainuddin mengimbas kembali kenangan ketika mula memakai tudung penghujung tahun lalu.

"Pada awalnya, hati saya berbolak balik. Saya takut orang tidak akan menawarkan saya mana-mana karakter dalam drama bersiri atau telefilem selepas saya bertudung. Bidang lakonan telah menjadi salah satu sumber kewangan saya untuk membantu suami menyara keluarga selain berniaga, jadi sudah pasti timbul rasa risau.

"Ada satu ketika, saya menerima tawaran sebuah karakter yang memerlukan saya membuka tudung kerana saya masih dalam fasa kekeliruan.

"Selepas itu, saya fikir masak-masak dan menghubungi semula penerbit tersebut. Dia memahami situasi saya dan menasihati saya agar menetapkan hati. Katanya, jangan risau, pasti ada rezeki lain yang menanti.

"Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan saya. Perniagaan pulut kuning dan kosmetik yang saya usahakan semakin mendapat tempat di hati peminat. Saya juga diberi tawaran yang bersesuaian dengan penampilan baru saya," kata Zarina ketika ditemui di majlis perlantikan ikon Variation Zone Festival 2017 yang diadakan baru-baru ini.

Dilantik sebagai ikon festival yang bakal berlangsung pada 13 Disember hingga 17 Disember 2017 di The Strand, Kota Damansara, Zarina meluahkan rasa syukur.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dilantik sebagai ikon bagi fesrival ini. Saya sememangnya aktif dalam menjalankan perniagaan kosmetik dan pulut kuning.

"Festival ini dapat memberi peluang untuk ramai wanita di luar sana untuk menambahkan pendapatan dengan berniaga," katanya lagi.

Variation Zone Festival merupakan acara sulung anjuran Wyn Wyn Event Sdn Bhd. Pengunjung Variation Zone Festival bakal berpeluang untuk melihat dan membeli pelbagai produk dan makanan daripada 150 booth.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @zarinazainuddin_

MAJLIS SIDANG MEDIA VARIATION ZONE FESTIVAL 2017 & PERLANTIKAN ZARINA ZAINUDDIN SEBAGAI IKON VARIATON ZONE FESTIVAL 13 DISEMBER - 17 DISEMBER 2017 THE STRAND MALL, KOTA DAMANSARA Pelakon, Zarina Zainuddin dipilih sebagai Ikon @variationzone yang akan berlangsung pada 13 Disember hingga 17 Disember 2017. Zarina dipilih sebagai ikon kerana dilihat sebagai wanita yang sangat bersemangat dan berjuang menjalani kerjaya seni sebagai pelakon, dan pada masa sama membesarkan dua anak istimewa di samping berjaya dalam perniagaan. #variationzone #wynwynevent #zarinazainuddin #thestrand #kotadamansara #busker Sponsor by Z & S Legacy Herbs Snd Bhd

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Lounching #variationzonefestival Terima kadih melantik saya sebagai ikon ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

#Repost @variationzone (@get_repost) ・・・ Variation Zone Festival #variationzone #variationzonefestival #festival #strandmall #kotadamansara #booth #jualmurah #usahawan #selebriti #artismalaysia #slime #autoshow #buskers #funrun #kids Call for booking slot for your booth early bird rm1800 01110683898 ..normal price rm2200 13dec-17dec 5day wednesday to sunday Open for All kind of bussines Get your slot now ? See u there

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on