Bekas kekasih Kylie Jenner, Tyga menafikan personaliti TV itu hamil anak kekasihnya iaitu Travis Scott.

Sebaliknya Tyga yang merupakan seorang rapper tiba-tiba muncul membuat pengakuan Kylie hamilkan anaknya.

Menerusi satu entri akaun Snapchat, Tyga memuat naik foto Kylie dengan berita kehamilan dan menulis:

"Itu anak aku," tulisnya.

Bagaimanapun entri itu telah dipadam Tyga tidak lama kemudian.

Sejauh mana kebenaran berita itu masih belum dapat dipastikan.

Malah sehingga kini Kylie dan Travis masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut.

Sumber: The Sun