Pengarah terkenal Michael Ang tampil mengkritik penampilan Idayu pada konsert kedua AF Megastar malam tadi.

Katanya fesyen yang dikenakan Idayu tidak sebagus persembahannya yang berjaya mencuri perhatian dengan lagu Sesal Separuh Nyawa (nyanyian asal Datin Alyah).

"Siapalah letak kuih koci atas kepala Idayu ni?

"Idayu bagus malam ini! Cuma tak boleh terima kuih koci atas kepala dan jaket yang macam dari filem hindustan 70-an," tulis Michael menerusi akaun Twitternya.



Namun, ada segelintir netizen yang melihat kritikan Michael itu sebagai satu jenaka.

"Kuih koci? Saya ingatkan macam sanggup perempuan berpantang," tulis @Syafiee_Ali.



Sempena konsert AF Megastar malam tadi bertemakan rock, Idayu mendahului sembilan peserta lain dengan kutipan markah 62.6 peratus.

Bagaimanapun, Ewal terpaksa akur apabila menjadi bintang ketiga tersingkir malam tadi apabila nyanyian lagu Potret yang digubah dalam versi rock gagal.

"Sesal Separuh Nyawa" versi Rock dari @idayuaf3official malam ni di #AFMegastar . Taip AFUNDI < 3/5/10/20 > IDAYU dan hantarkan ke 32777 atau undian online di www.afmegastar.com.my . Jangan lupa untuk mengundi persembahan terbaik, Star Of The Week, di ‪www.afmegastar.com.my‬. Pemenang bakal memenangi RM2,000 eGiftCard sumbangan Go Shop (saluran 118) bersama trofi dari Gempak.

A post shared by AF Megastar (@akademifantasia) on


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @MichaelAng38