Konsert kedua AF Megastar telah berlangsung dengan meriah di Royale Theatre Shah Alam, semalam.

Bertemakan 'Rock', 10 bintang AF Megastar yang bertanding telah memberikan persembahan hebat dan memukau.

Konsert minggu ini menyaksikan Sufi menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.

Penyanyi kelahiran Singapura itu membawa pulang eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.

Dalam pada itu, Ewal diumumkan sebagai peserta yang mendapat kedudukkan terendah sekaligus menyebabkan dia tersingkir pada malam tersebut.

Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Joe Wings sebagai juri jemputan.

Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.

Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:

Idayu, 62.6% - Sesal Separuh Nyawa



“Karya vokal kamu bagus. ‘Commercial value’ kena jaga. Keseluruhan bagus,” - Ramli MS

Syamel, 54.6% - Still Loving You



"Suara awak bila saya dengar ‘blues rock’ itu memang ada. Cuma kena jaga sustain untuk lagu balada macam ni," - Joe Wings

Bob, 51% - Saat Ku Idamkan



"Awak cerdik dalam memilih lagu. Awak bersuara emas, bagi apapun boleh makan. Minggu depan boleh cuba sesuatu yang lain,” -Syafinaz Selamat

Marsha, 48.9% - Salam Untuk Kekasih



"Saya rasa keseluruhan persembahan awak masih belum cukup rock," - Joe Wings

Shahir, 42.6% - Jampi



"Saya suka idea lakonan, LED dan semua yang ada atas pentas. Saya suka aspek artistik itu. Tapi hati-hati bila menjerit, ia perlu dengan cara yang betul," Syafinaz Selamat

Indah, 40% - Chandelier



"Setelah empat minggu saya dengar awak menyanyi, awak kene belajar pisahkan vokal anda. Lagu ini sangat besar, jadi awak perlu pandai pisahkan vokal itu," - Ramli MS

Amir, 35.7% - Sejarah Mungkin Berulang



"Muzik awak tiada dinamik sebab itu dia mendatar sahaja. Rock kamu saya bagi alaf baru lah tapi percubaan yang baik," - Ramli MS

Amir Jahari, 28.2% - Pokok



"Awak seorang yang bijak. Awak pilih lagu rock yang progresif. Rockers ada personaliti yang besar, itu sahaja yang awak kurang"- Syafinaz Selamat

Sufi, 24% - Sambutlah Kasih



"Cara awak persembahkan itu nampak seperti awak terlalu mencuba menjadi seorang rocker. Anda perlu faham liriknya sebab persembahan awak sangat kontra. Pergerakan awak patut semula jadi" - Joe Wings

Ewal, 20.9% - Potret



"Tak rock lah, ia lebih kepada pop. Awak perlu cari keupayaan dan identiti awak sendiri dalam lagu" Ramli MS

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal